Wednesday, 24 June 2020

Terengganu Berjaya Majukan Sosioekonomi, Kurangkan Pengangguran

SHARE
Tengku Hassan.

KUALA TERENGGANU, 24 Jun – Sosioekonomi di Terengganu tahun lalu berada pada landasan baik setelah berjaya mengurangkan kadar pengangguran ke bawah paras 4.0 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, kadar orang yang tidak bekerja pada 2019 turun kepada 3.5 peratus berbanding 2018 yang merekodkan 4.8 peratus.

Menurutnya, penurunan 1.3 peratus itu kebanyakkannya disumbang oleh sektor pembuatan dengan jumlah guna tenaga dalam sektor berkenaan melonjak kepada 3,274 orang sehingga Oktober 2019 berbanding 966 pada 2018.  

“Di samping pada tahun lalu kita merekodkan 103,500 pekerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi terutamanya 
sebagai pengurus, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.

“Sekali gus ia menunjukkan kenaikan selepas hanya 102,100 dan 100,400 pekerja masing pada tahun 2018 dan 2017,” ujarnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.

Mengulas tentang peluang perniagaan di Terengganu pula, trend kenaikan yang sama turut dapat disaksikan apabila berlaku 
pertambahan kepada 37,666 pada 2018 berbanding 37,246 pada tahun sebelumnya.

Manakala pada 2019 hampir semua sektor mencatatkan pertambahan peratus berbanding pada 2018, antaranya ialah sektor perkhidmatan (6.89 peratus), pembinaan (6.37 peratus), pembuatan (18.64 peratus), pertanian (8.62 peratus) serta perlombongan dan pengkuarian (17.51 peratus).

“Laporan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita pada 2018 yang meningkat kepada RM30,216 daripada RM29,347 (2017) dan RM27,268 (2016) 
menunjukkan keselarian dengan peningkatan terbabit, selain pendapatan purata isi rumah bulanan turut meningkat kepada RM6,737 pada 2018 berbanding RM6,238 pada 2017 dan RM5,776 pada 2016, ia t,” jelas beliau.

Wan Mat Sulaiman.
Sementara itu, kajian Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) mengesahkan perkembangan positif berkenaan dengan mengatakan kejayaan meningkatkan projek pada 2018 kepada 12 projek di negeri itu adalah penyumbang utama.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Wan Mat Sulaiman berkata jumlah anggaran pelaburan mencecah RM4.9 bilion dan melibatkan 2,096 pekerjaan berbanding hanya RM177.8 juta dengan 344 pekerjaan pada 2017.

“Selain itu, usaha meraih hasil juga dapat dilihat menerusi pengeluaran pada 2018 kayu balak getah meningkat kepada 23,796 metrik tan (2017 : 7,152), padi 74,914 metrik tan (2017 : 69,319) dan kenaf 1,731.6 metrik tan (2017 : 830.2). Jumlah ternakan kerbau, lembu, kambing dan bebiri juga meningkat kepada 134,401 pada 2018 berbanding 129,399 pada 2017.

“Justeru, kenyataan rasmi seorang pemimpin daripada sebuah parti politik di Terengganu beberapa hari lalu adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan situasi yang sebenarnya,” tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: