Tuesday, 9 June 2020

Pengguna LPT2 Dijangka Meningkat 15 Peratus

SHARE


Foto oleh - Google.


KUALA TERENGGANU, 9 Jun – Polis Terengganu menjangkakan aliran trafik di lebuh raya Pantai LPT2  melonjak hingga 15 peratus hujung minggu ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa esok.

Ketua Polis Terengganu. Dato’ Roslee Chik berkata jangkaan lonjakan trafik itu, berikutan orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung masing-masing, susulan kelonggaran perjalanan rentas negeri diberikan kerajaan sepanjang PKPP.

“Bermula esok semua sekatan jalan raya akan ditarik balik dan orang ramai bebas merentas negeri seperti biasa.

“Kita jangkakan kemasukan ini dari Pantai Barat yang menggunakan LPT 1 dan LPT 2 untuk ke Kelantan dan Terengganu pada hujung minggu untuk pulang ke kampung masing-masing,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman ketika dihubungi.

Tambah beliau lagi, pihaknya sedia membantu melancarkan pergerakan kenderaan di plaza-plaza tol serta membantu mengadakan rondaan dan pemantauan di laluan terbabit.


Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKPP bermula Rabu ini hingga 31 Ogos depan, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pelaksanaan PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti dilarang ketika PKPB yang akan berakhir esok.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: