Monday, 1 June 2020

Keanjalan Waktu Pembelajaran OUM Tarik Minat Ahli Parlimen

SHARE

Oleh : Adli Mohamad

SETIU, 1 Jun - Keanjalan kaedah dan waktu pembelajaran yang ditawarkan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menarik minat Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir untuk menyambung pengajiannya di dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Katanya, mengikuti kursus berkenaan secara separuh masa pastinya tidak menghalang beliau untuk mengimbangi antara tugas rasmi dengan pengajian di universiti berkenaan kerana pengajian adalah di atas talian secara terus mahupun rakaman.

"Ilmu yang ditimba nanti memudahkan saya untuk membahaskan beberapa perkara berkaitan ekonomi dan kewangan.

"Seperti bajet, Rancangan Malaysia Ke -12 (RMK 12) dan lain-lain, semasa sesi perbahasan sidang parlimen nanti," ujarnya melalui satu kenyataan di laman sosial facebook miliknya, semalam.

Walaupun memilih menyambung pengajian di peringkat sarjana, katanya khidmat kepada warga Setiu akan tetap menjadi keutamaan.

Kesungguhan dalam menuntut ilmu katanya bertepatan dengan pepatah menyebut di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: