Monday, 1 June 2020

Bapa Redha Pemergian Anak

SHARE

Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN, 1 Jun - "Saya redha atas kehilangan anak perempuan akibat disengat lebih 60 sengatan tebuan, Allah lebih menyayanginya," kata Mohd Sabri Mohd Nor, 41.

Mangsa Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.

"Sedih tu memang sedih, namun saya terima ujian ini dengan hati yang sabar.

"Pasti membawa beribu hikmah, kita sentiasa perlu berhati-hati terutama dalam faktor keselamatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat, di kediamannya hari ini.

Satiful yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada ahli keluarga mangsa.

"Takziah diucapkan serta semoga dengan kehadiran pihak kami akan meninggalkan kesan kepada jiwa mereka terus tabah dan kuat untuk menghadapi ujian ini," ujarnya.


Sementara itu, pada sebelah malam selepas hari kejadian, sarang tebuan yang menyebabkan tragedi maut itu telah dimusnahkan oleh pihak Bomba Paka.

"Terima kasih juga kepada anggota Bomba Paka atas kepekaan dan sentiasa bersedia menabur bakti kepada masyarakat yang dalam kecemasan.

"Orang ramai juga diharapkan segera melaporkan kepada pihak Bomba apabila berhadapan dengan sebarang kecemasan agar tindakan pantas dapat diambil," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: