Wednesday, 3 June 2020

Anugerah Syawal Buat Para Nelayan Di Muara Kuala Ibai

SHARE
Nelayan merentasi laluan baharu yang selesai diperdalamkan.


Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU, 3 Jun – Proses pendalaman secara sementara muara Sungai Kuala Ibai untuk membuka laluan baharu akhirnya selesai dan memudahkan para nelayan turun ke laut.

Ketua Jaringan Perikanan, Mohd Din Arifin, kerja-kerja pengorekkan pasir tersebut merupakan proses sementara sebelum memulakan proses penuh yang melibatkan penggunaan mesin ‘Hydraulic Pump’ untuk menyedut pasir-pasir bagi mengekalkan kedalaman muara tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua pihak dalam menjaga kebajikan para nelayan di sini.
Mohd Din.

“Dengan adanya laluan baharu ini, laluan menjadi lebih dekat dan kami para nelayan tidak perlu lagi ‘liung’ (pusing jauh) untuk pergi ke laut,” katanya ketika ditemubual oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini di lokasi tersebut.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi bersama wakil pegawai daripada Parlimen Kuala Terengganu, Zulkifli Wahab telah hadir ke lokasi tersebut bagi melihat sendiri keadaan muara di sana yang kian cetek.

Wakil rakyat itu memutuskan proses pengorekkan pasir dilaksanakan pada 16 Mei yang lalu sebagai langkah penyelesaian jangka pendek kepada nelayan setempat.

Laluan yang dibina lebih luas dan dalam.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: