Monday, 1 June 2020

200 Penerima Terima Bantuan Keperluan Asas

SHARE


Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 1 Jun - Seramai 200 rakyat di Mukim Tenang dan Hulu Besut yang kurang berkemampuan telah menerima keperluan asas sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, sumbangan itu telah disampaikan kepada mereka sebelum Aidilfitri, minggu lalu.

"Terima kasih kepada penyumbang, sumbangan ini adalah amat bermakna kepada mereka yang memerlukan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, 31 Mei.


Turut hadir ialah wakil daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap pimpinan NGO Pekerti Ustaz Zamani Al Besuty dan Pegawai Penyelaras Dun Jerteh Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya, sumbangan itu diagihkan kepada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing sebanyak 10 bungkusan barangan untuk dibahagikan kepada penerima.

"Alhamdulillah, saya percaya selama ini setiap apa sumbangan yang diterima oleh MPKK, akan diagihkan kepada mereka yang betul-betul layak menerima," ujar Mat Daik.

Sumbangan keperluan asas itu telah disumbangan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan serta Ekonomi Rakyat Terengganu (PEKERTI).



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: