Thursday, 14 May 2020

Terima Kasih Jururawat

SHARE
Shafizi (dua dari kanan).


Oleh : Izzat Al Qushairi

SETIU, 14 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menghargai sumbangan besar barisan jururawat yang bertugas tanpa henti terutamanya ketika negara berdepan wabak COVID-19.


Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, menyedari penat lelah mereka pihaknya telah memberikan sedikit penghargaan.

"Sebanyak enam buah klinik di sini menerima kek sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pengorbanan mereka.

"Antaranya, Klinik Desa Bukit cempaka, Gong Lingai, Mengabang Telipot, Padang Polis, Wakaf Tengah dan klinik Hemodialisis Maras.



"Ia juga sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat di Malaysia," katanya kepada pemberita semalam.

Menurut beliau, sambutan Hari Jururawat di seluruh dunia juga pastinya memberikan motivasi kepada mereka untuk terus berjuang memerangi wabak pandemik.

"Semoga sambutan Hari Jururawat Sedunia ini menjadi pemangkin semangat jururawat untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia," tambah beliau.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: