Tuesday, 19 May 2020

PDRM, ATM Ronda Kawasan Rumah Pada Aidilfitri

SHARE
Foto oleh - Safwan Syakir.

PUTRAJAYA, 19 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan rumah pada Hari Raya Aidilfitri nanti bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Ketua Polis Negara memaklumkan pihak PDRM dan ATM bersetuju untuk melakukan rondaan di kawasan rumah khususnya pada hari raya pertama dan hari-hari selepas itu.

“Kita mungkin tidak dapat buat pemeriksaan di setiap rumah, tetapi jika semasa rondaan dibuat banyak kenderaan di luar rumah, kita akan semak kediaman terlibat.

“Apabila kenderaan banyak berkemungkinan ramai orang dalam rumah tersebut, jadi kita akan semak jumlah penghuni rumah tersebut,”  katanya pada sidang akhbar harian (Non-Health) di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Hari Raya Aidilfitri nanti.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: