Saturday, 23 May 2020

Orang Hulu Terengganu, Awas! Anda Dipantau

SHARE
Pegawai Polis memantau penjarakan sosial di sebuah pasaraya di Hulu Terengganu


HULU TERENGGANU, 23 Mei - Penduduk di daerah ini disarankan  mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengekang penularan COVID-19.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata pihaknya mempunyai  lapan pasukan peronda untuk memantau pergerakan orang ramai dalam mematuhi penjarakan sosial, di  premis perniagaan atau tempat ibadah termasuk di kediaman masing-masing.



Jelasnya, pihak polis akan memastikan mereka yang menyambut Hari Raya agar tidak melanggar SOP pada hari pertama Aidilfitri dan pemantauan akan bermula hari ini.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar had 20 pengunjung untuk satu rumah

"Polis  akan membuat rondaan ketika Hari Raya di setiap kawasan. Jika didapati ada banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan semak kediaman itu untuk mengenal pasti jumlah tetamu.

"Sekiranya ada banyak kenderaan, berkemungkinan ada ramai orang dalam rumah itu, dan polis akan siasat lanjut, jika melanggar  SOP maka tindakan kompaun serta merta akan dikenakan terhadap tuan rumah sebanyak RM1,000," katanya ketika dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman, hari ini.

Mohd Adli


Tambah beliau, pemeriksaan turut dilakukan di kawasan tempat letak kereta ke atas kenderaan dari luar bagi memastikan menentukan pemiliknya mempunyai surat kelepasan rentas negeri.

Menurut Mohd Adli lagi,  pihaknya juga akan membuat pemeriksaan terhadap aktiviti pembakaran mercun sepanjang Aidilfitri bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: