Monday, 18 May 2020

Agihan Amal Bubur Lambuk

SHARE

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 17 Mei - Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Besut bergotong-royong bersama-sama memasak bubur lambuk untuk program 'agihan amal' dihadapan Pasaraya Pantai Timur Jertih.

Ketua Komandan Amal Kawasan Besut Luqman Hakim Hashim berkata, program  ini yang dianjurkan oleh JAM dibuat secara serentak di seluruh negeri Terengganu.

"InsyaAllah, selesai memasak kita akan edarkan bubur lambuk ini sekitar hadapan Pasaraya Pantai Timur Jertih sebagai lokasi pilihan," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada 16 Mei.

Menurutnya, seramai 20 orang anggota amal terlibat dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Besut, Hakim Zulfikri Awang dan Naib Ketuanya Ustaz Mukhlis Hasin.

"Program ini bermula seawal jam lapan pagi dengan menyediakan bahan-bahan sehingga jam dua petang siap dibungkus," ujar Hakim.


Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar tetap patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan kekal di rumah jika tiada urusan dan menjaga jarak 1 meter serta memakai 'face mask'.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: