Thursday, 7 May 2020

186 Pekerja Pembersihan Terima Sumbangan

SHARE

Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN, 7 Mei - Seramai 186 pekerja pembersihan dalam Dewan Undangan Negeri   (DUN) Paka menerima sumbangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu berupa beras dan penutup hidung baru-baru ini.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Wirdan Shahidan berkata,  kesemua penerima merupakan pekerja barisan hadapan kerana mereka tetap mengerahkan keringat walaupun negara dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Sumbangan daripada ADUN Paka ini, sedikit sebanyak dapat membantu serta menghargai penat lelah mereka bekerja membersih dan menceriakan kawasan.

"Agihan dibuat terdiri daripada lima zon kontraktor pembersihan awam DUN Paka dan juga agihan kepada lori sampah perumahan," ujarnya.


Sementara itu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Paka turut menerima sumbangan daripada syarikat CJ Bio Malaysia, Kerteh sebanyak 328 paket makanan.

Wirdan menjelaskan, hasil sumbangan itu bernilai RM16, 400 dan diagihkan kepada golongan yang memerlukan di DUN Paka sempena Ramadhan ini melalui MPKK setempat.

"Pihak PKM ADUN Paka amat menghargai sumbangan yang dihulurkan demi kelangsungan hidup kepada mereka yang terjejas serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat tersebut," jelasnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: