Tuesday, 14 April 2020

Sembunyi Atas Siling Elak Dicekup

SHARE

Oleh: Aslam Wira

MARANG, 14 April -
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa semakin ketat, tidak menjadi halangan bagi sepasang kekasih masing- masing berusia awal 20-an untuk memadu asmara.

Perbuatan itu dikesan
Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Sukarelawan Syariah Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang.ketika serbuan di sebuah rumah di daerah ini.

Dalam serbuan itu didapati seorang lelaki berusia awal 20an bertindak menyembunyikan diri di atas siling sebuah rumah.

Ketua Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar), Nasaruddin Samsudeng berkata, dalam tempoh PKP, orang ramai  diingatkan  jangan melakukan perkara yang salah disisi syariah yang boleh mengundang murka Allah SWT

“Lebih-lebih lagi, dalam masa dua minggu lagi, kita akan bertemu dengan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan, seharusnya perbanyakkan taubat dan amal ibadat.”katanya

Menurutnya lagi, walaupun berada dalam tempoh PKP, operasi membendung kesalahan jenayah syariah akan tetap diteruskan serta dijalankan di negeri ini khususnya daerah Marang.

“Ini juga termasuk, kesalahan tidak berpuasa di bulan ramadhan yang merupakan kesalahan merujuk kepada Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadhan), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.”

“Operasi seperti ini akan terus dilakukan dengan kerjasama Pegawai Penguatkuasa Syariah dan Sukarelawan Syariah yang dilantik dan mencapai keahlian hampir 20 orang di setiap kampung di mana identiti mereka dirahsiakan. katanya.

Sementara itu, pasangan yang dicekup tersebut akan didakwa di bawah Sekyen 31 (Khalwat), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: