Sunday, 19 April 2020

MOSTI Lihat Kepentingan Pusat Penyelidikan Pembangunan Vaksin Perlu Diwujudkan Segera

SHARE


KUALA NERUS, 19 April - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang berbincang secara serius tentang keperluan Pusat Penyelidikan Pembangunan Vaksin secara menyeluruh agar pengeluaran vaksin dapat dikeluarkan dalam negara.

Timbalan Menterinya, Ahmad Amzad Hashim berkata di Malaysia sebelum ini terdapat makmal-makmal biotek yang agak maju tetapi kurang penumpuan selama ini kerana tidak menjangkakan akan berdepan dengan situasi COVID19.

"MOSTI sekarang tengah membincangkan dengan serius tentang kepentingan diwujudkan segera Pusat Penyelidikan  seperti ini yang membolehkan supaya pengeluaran vaksin dapat dikeluarkan dalam negara.

"Cuma kita tidak boleh nak beritahu, sama ada  ia boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana perlu difahami bahawa untuk membolehkan satu-satu vaksin itu dihasilkan, ia melibatkan proses yang panjang sehingga dua tahun dan melibatkan mungkin peruntukan ratusan juta.

"Jadi, apabila kerajaan telah melihat keadaan yang berlaku hari ini saya percaya keperluan ini menjadi semakin  penting dalam menghadapi cabaran di masa akan datang," ujarnya.



Beliau berkata demikian di sidang media  selepas Majlis Perasmian TanyaDoktor di Perpustakaan UniSZa, Kampus Gong Badak hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UniSZA Prof Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Dalam majlis yang sama, Ahmad Amzad turut menyampaikan menyampaikan geran penyelidikan daripada MOSTI sebanyak RM50 ribu untuk pembangunan aplikasi COVID-19 Risk Assessment Sistem for Higher Education Institutes atau
ChaSe.



Untuk rekod, ChaSe merupakan satu sistem penilaian risiko menggunakan teknologi IR4.0 bagi mengesan dan mengurus risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan staf universiti-universiti di Malaysia.

Sistem ini berteraskan gabungan Artificial Intelligence dan juga Business Intelligence sebagai platform.

Idea asal pembangunan sistem ini adalah untuk diaplikasi bagi pelajar dan staf UniSZA tetapi ia berpotensi untuk dikembangkan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: