Tuesday, 21 April 2020

Duta Khas : Ulama Dunia Zahir Sokongan Kepada Abdul Hadi

SHARE

Sheikh Ahmad Ar-Raisuni (kiri) bersama Tuan Guru Abdul Hadi.

MARANG, 21 April - Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) menzahirkan sokongan kepada Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas kerajaan Malaysia ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.

Pengerusi KUIS, Prof Dr Syeikh Ahmad Abdul Salam Ar-Raisuni berkata, pihaknya amat  yakin Abdul Hadi Awang adalah individu yang sangat layak bagi jawatan tersebut kerana pengalaman yang ada padanya.

"Ia merupakan pelantikan tepat dan sesuai dengan ketokohan dalam bidang keilmuan, keagamaan serta politik Abdul Hadi.

"Malah sesuai dengan sumbangan besar beliau dalam membina kesatuan rakyat di Malaysia," ujarnya dalam kenyataan semalam.

Menurut Sheikh Ahmad Ar-Raisuni lagi, KUIS berharap agar Presiden PAS itu dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam tugasan baharu nanti.

"Kami juga bersedia untuk mewujudkan kerjasama bagi memastikan dunia dan perihal Islam terus kukuh di bumi ini.

"Semoga kita sama-sama dapat membuka ruang kerjasama demi memartabatkan Islam dalam pelbagai bidang untuk kemaslahatan bersama," tambah beliau.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: