Friday, 24 April 2020

DUN Cukai Agih 1 Rumah 1 Kotak Kurma

SHARE

Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 24 April - Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah mengagihkan sekotak kurma bagi setiap rumah melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan tersebut.

Sebanyak lebih 13,000 kotak kurma diperuntukkan bagi melaksanakan misi ini sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak.

Pengerusi MPKK Besut 1, Ariffin Mohd Noor berkata, sebanyak 211 kotak kurma telah selesai diagihkan kepada semua penduduk.


"Alhamdulillah, bagi pihak MPKK Besut 1, kami telah selesai mengagihkan semua kotak kurma tersebut kepada semua penduduk seperti yang telah diamanahkan.

"Terima kasih diucapkan kepada ADUN Cukai, Hanafiah Mat yang telah memberi sumbangan ini untuk diagihkan," ujarnya ketika ditemui pemberita, semalam.

Dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit keceriaan kepada semua penduduk bagi menyambut bulan Ramadan ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Dalam masa sama, MPKK Besut 1 turut memberikan takwim Ramadan dan topeng muka kepada penduduknya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: