Friday, 10 April 2020

COVID-19 : Topeng Muka Diedar Ke Setiap Rumah

SHARE
Dr Alias Razak. Foto oleh - Pok Abbas.

KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka secara percuma kepada setiap isi rumah di seluruh Terengganu bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengatakan, edaran dari rumah ke rumah itu akan dilaksanakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Topeng tersebut sudah ada di daerah masing-masing, insya-Allah ia akan diedarkan dalam masa terdekat.

"Kita juga minta orang ramai, supaya bersabar dan tidak menyerbu ke rumah MPKK bagi mendapatkan 'mask', tunggu sahaja di rumah," katanya ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau mengharapakan agar orang ramai memanfaatkan sebaik mungkin pemberian topeng muka itu.

"Pakai apabila perlu sahaja, terutamanya ketika keluar rumah, ketua keluarga yang membeli keperluan rumah dinasihatkan untuk memakai.

"Kita mahu mengekalkan kesihatan semua rakyat dengan mengelakkan virus ini tersebar dengan mudah," tambah beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: