Wednesday, 1 April 2020

COVID 19 : Tidak Perlu Hadir Ke Pejabat Untuk Ambil Bantuan

SHARE


Oleh : Norekwan Mamat

BESUT, 1 April - Penduduk yang tinggal di sekitar Hulu Besut  tidak perlu ke datang pejabat untuk mengambil bantuan sebaliknya kekal tinggal di rumah masing-masing.

Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, bantuan tersebut akan diagihkan melalui Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing.

“Sebanyak 600 bungkusan keperluan asas berupa beras, gandum, gula dan jenis-jenis lain diberikan  kepada MPKK untuk disalurkan kepada golongan yang terjejas

“Inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada Isnin, 30 Mac.

Menurutnya, setiap MPKK akan mendapat sebanyak 17 bungkusan keperluan asas untuk dibahagikan kepada penduduk kampung masing-masing yang layak menerima.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak kegusaran yang melanda rakyat akibat daripada Covid-19.

"Saya juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan bantuan keperluan asas kepada penduduk kampung,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru dan memohon kepada semua rakyat di negeri Terengganu khususnya dapat bertenang, mengamalkan kebersihan dan mematuhi perintah kerajaan supaya  terus berada di rumah  bagi mengelakkan penularan virus maut ini.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: