Monday, 6 April 2020

COVID-19: Terengganu Catat Kematian Pertama

SHARE

Foto: Ehsan Pembaca


KUALA TERENGGANU, 6 April - Jenazah mangsa COVID-19 yang pertama meninggal dunia di Terengganu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh, Kampung Raja, Jertih, petang semalam.

Kes kematian pertama yang direkodkan di negeri ini adalah merupakan pesakit dari kes yang ke 3663, dan kes kematian yang ke-62 dalam negara setelah hampir tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan

Ia melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster Sri Petaling kes-kes bernombor 1265, 1266, 1267, 1404 dan 2549.

Pesakit telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi.

Isteri dan seorang anak mangsa yang tinggal bersama sedang dikuarantin di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut.

Sehingga hari ini, dua daerah iaitu Dungun dan Besut mencatat jumlah kes tertinggi dan Terengganu kini telah merekodkan 90 kes positif dengan peningkatan mengejut dalam masa dua hari berturut-turut

Manakala daerah Hulu Terengganu sehingga petang semalam masih kekal sebagai daerah bebas Covid-19.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: