Thursday, 2 April 2020

COVID-19 : MPKK Kolam Agih 500 Kilogram Ikan Kepada 500 Keluarga

SHARE

KUALA TERENGGANU, 2 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kolam mengagihkan 500 kilogram ikan kepada kira-kira 500 keluarga di kampung itu yang terjejas akibat COVID-19.

Pengerusi MPKK Kolam, Muhammad Hamdi Abas berkata, sumbangan tanpa mengira fahaman politik itu sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang ditanggung orang ramai.

"Usaha ini kita akan teruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ia juga tidak terhad kepada ikan sahaja, mungkin selepas ini kita akan kaji inisiatif lain yang kita rasa boleh membantu orang ramai," katanya selepas menghulurkan bantuan tersebut hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memberitahu, bantuan lain seperti keperluan harian daripada pihak kerajaan negeri sentiasa berjalan.

"Bekalan beras, minyak masak, gula, susu dan sebagainya berjalan seperti biasa.

"Kerajaan negeri telah amanahkan kepada kami (MPKK) untuk salurkan bantuan kepada keluarga yang terputus bekalan makanan dengan tidak memilih kasih.

"Alhamdulillah, kita sudah memasuki beberapa fasa untuk itu, insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk rakyat," tambah beliau.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: