Saturday, 4 April 2020

COVID-19: Kempen 'Time For Al-Quran', Galak Masyarakat Jadikan Al-Quran Rutin Kehidupan

SHARE

KUALA TERENGGANU, 4 April- Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu (DUAT) menganjurkan kempen 'Time For Al-Quran', Satu Hari Satu Juzuk bermula 1 hingga 30 April ini.

Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini, dimana orang ramai digalakkan manfaatkan tempoh tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.

Pengarah DUAT, Ramlan Mahmood berkata, kempen munajat dan khatam al-Quran 30 juzuk itu menyasarkan seluruh masyarakat khususnya warga Terengganu yang melibatkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

"Objektif kita adakan program ini adalah untuk mengajak orang ramai bersama-sama munajat mohon kepada Allah dengan menjadikan al-Quran sebagai rutin kehidupan selaras keharmonian dan kesejahteraan dunia dan akhirat," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, bacaan surah untuk setiap hari boleh dirujuk mengikut jadual yang dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui Page rasmi Akademi DUAT.

"Bacaan satu hari satu juzuk akan merangkumi lapan daerah di negeri ini," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: