Sunday, 5 April 2020

COVID-19 : DUN Air Putih Serah 1,700 Pek Barangan Keperluan Harian

SHARE


Oleh : Aminji


KEMAMAN, 5 April - Sebanyak 1,720 pek barangan keperluan berupa beras, gandum dan lain-lain telah diagihkan kepada mereka yang layak melalui seluruh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan Air Putih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, operasi menyalurkan bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan telah mula digerakkan ke seluruh kawasan DUN Air Putih secara berperingkat.

"Pihak pengurusan DUN akan cuba melakukan yang terbaik bagi memastikan golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mendapat bantuan sewajarnya.

"Kira-kira 1,720 beg beras dan barangan dapur telah diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kerajaan negeri sentiasa memantau dan akan terus menghulurkan bantuan secara berperingkat mengikut perkembangan semasa ketika ini.

"Namun yang demikian, adalah mustahil untuk kita puaskan hati semua pihak. Sehubungan itu, semua MPKK bertindak melakukan kajian secara terperinci terlebih dahulu agar mereka yang benar-benar memerlukan tidak tercicir sewaktu misi mengagihkan sumbangan ini," ujarnya ketika dihubungi pemberita, baru-baru ini.

Tambahnya, beliau turut berterima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus membantu misi tersebut bermula daripada proses membungkus barang-barang bantuan sehingga ianya selamat sampai ke tangan para penerima.

"Misi pengagihan bantuan kebajikan ini telah mendapat kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak yang tidak jemu menyumbangkan tenaga. Mereka adalah termasuk kakitangan Pejabat DUN, Pemuda, Muslimat dan MPKK DUN Air Putih sendiri.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: