Thursday, 2 April 2020

COVID-19 : Anak Felda Terharu Dengan Keprihatinan Wakil Rakyat

SHARE

Oleh : Rizauddin Mohammad Sabru

KEMAMAN, 2 April - Penduduk di Felda Kerteh terharu dengan sumbangan 750 pek barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali semalam.

Ismail Jusoh, 54, antara penduduk yang terkesan akibat penularan wabak covid-19, menyatakan rasa gembira apabila bantuan tersebut sampai tepat pada waktunya.

Katanya, dia bersyukur kerana pemberian itu membantu meringankan beban keluarganya disebabkan beliau hanya bekerja kampung.

"Saya ada keluarga untuk dijaga dan diberi makan, wabak yang sedang merebak ini membuatkan saya tak boleh pergi kerja berikutan arahan kerajaan untuk terus tinggal di rumah.

"Tetapi alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada para wakil rakyat yang sudi menghulurkan bantuan disaat kami kesempitan," ujarnya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Zahidah Kasim, 46, dari Felda Kerteh 6 pula berkata, pendapatannya terjejas teruk selepas lebih dua minggu kurang menjual kuih.

"Malah, saya kini bergantung kepada wang simpanan untuk teruskan kehidupan. Tetapi dengan adanya bantuan ini, saya boleh kurangkan kos perbelanjaan harian dan kami semua sangat gembira," luahnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang hadir dalam majlis penyerahan tersebut berkata, sumbangan berkenaan menjadi bukti kecaknaan terhadap rakyat.

Di samping memberi mereka sedikit ruang hidup dengan selesa selepas hilang sumber pencarian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Apa yang perlu kita tumpukan perhatiaan sekarang hanyalah keadaan rakyat. Oleh kerana itu, sumbangan akan terus disalurkan dari masa ke masa. Kami tidak mahu ada yang tertinggal dalam menerima sumbangan," katanya.

Segala proses penyerahan barangan keperluan tersebut telah disempurnakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Generasi untuk diagih kepada orang ramai.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: