Monday, 20 April 2020

COVID-19 : 325 Keluarga Perantau Terima Sumbangan

SHARE


KUALA TERENGGANU, 20 April - Seramai 325 Anak Terengganu di perantauan yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur dengan nilaian keseluruhan RM50,000.

Sumbangan itu selesai diagih kepada anak Terengganu yang berada di luar negeri melalui cawangan Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) di setiap negeri.


Setiausaha PERANTAU, Awasi Mohamad berkata, beberapa NGO utama lain turut dilibatkan dalam agihan itu seperti badan bukan kerajaan (NGO) PESAT, KITER dan KOSMET.

Katanya, dengan sumbangan itu ia diharap dapat meringankan beban perantau terutama yang kehilangan punca pendapatan.

"PERANTAU juga telah mengagihkan bantuan tunai kepada anak-anak rantau yang terkesan melalui sistem data maklumat yang terkini melalui PERANTAU Pusat, PERANTAU negeri-negeri dan juga NGO-NGO lain.


"Kebanyakan penerima merupakan pekerja bergaji harian atau berniaga kecil-kecikan namun telah kehilangan punca pendapatan, pekerjaan malah diberhentikan setelah PKP dilaksanakan.

"Ada juga di kalangan mereka telah didapati positif COVID-19 dan ada pula yang terpaksa tinggal di surau dan mengharapkan simpati orang ramai," katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman.

Beliau turut menghargai jasa, sumbangan serta keprihatinan kerajaan negeri dalam isu berkenaan terutamanya Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan seluruh exco.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: