Sunday, 12 April 2020

COVID-19: 199 Penggiat Pelancongan Terengganu Bakal Terima Bantuan 'One Off'

SHARE

KUALA TERENGGANU, 12 April- Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan wang tunai berbentuk sekali bayar (one off) kepada penggiat industri pelancongan yang terjejas akibat COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, seramai 199 penggiat pelancongan di negeri ini telah dikenal pasti layak menerima bantuan berkenaan.

"Mereka terdiri daripada 48 orang pengayuh beca serta 17 orang pemandu bot penambang.

"Termasuk juga 99 orang pemandu pelancong bandar dan pemandu pelancong alam semulajadi serta 35 orang Malim Gunung daerah Dungun," ujarnya.


Beliau berkata demikian pada sidang media Pelan Cakna Rakyat Dalam Menangani Wabak COVID-19 Bagi Sektor Pelancongan Negeri Terengganu di Duyung Marina & Resort, hari ini.

Ariffin berkata, jumlah bantuan 'One Off' yang akan diterima oleh para penggiat pelancongan terbabit bakal diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam masa terdekat.

Menurut beliau, bantuan berkenaan merupakan antara tindakan segera dan utama   pelan strategik pelancongan negeri dalam usaha untuk mengembalikan kerancakkan ekonomi dalam sektor pelancongan di negeri ini.








SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: