Friday, 10 April 2020

Ahli Parlimen Dungun Pulang Balik Duit BPN

SHARE

Wan Hassan. Foto ihsan - Rosli Ilham, Harian Metro.

DUNGUN, 10 April - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli akan memulangkan kembali duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN)  yang diterimanya kepada pihak kerajaan.

Wan Hassan berkata, beliau sudah membuat semakan dan mendapati bantuan sebanyak RM1,600 itu masih belum dikreditkan ke dalam akaunnya.

"Selepas ini, jika wang itu dimasukkan, saya akan menulis surat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengembalikan semula wang itu.

"Saya berharap LHDN dapat melupuskan nama saya dalam sistem kerana saya merasakan diri saya sangat tidak layak," katanya kepada Harian Metro semalam.

Terdahulu, beliau merasa terkejut selepas dimaklumkan layak mendapat BPN dan perkara tersebut menjadi tular dalam masyarakat.

"Ketika itu saya sedang bermesyuarat tentang pembahagian bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di Pejabat PAS Kawasan Dungun, kira-kira jam 10 pagi.

"Rakan memaklumkan kelayakan saya yang ditularkan oleh orang ramai itu saya kemudian saya membuat semakan dan terkejut perkara itu sememangnya benar.

"Saya menghentikan mesyuarat sekejap dan menghubungi isteri serta anak untuk bertanya sama ada mereka ada membuat permohonan.

"Namun mereka mengatakan tidak membuat sebarang permohonan,” tegasya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: