Saturday, 18 April 2020

7,000 Penduduk Rantau Abang Terima Sumbangan

SHARE

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 18 April - Kira-kira 7,000 orang telah menerima sumbangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, penerima merupakan mereka yang terjejas disebabkan PKP yang telah dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu untuk mengekang wabak COVID-19.

"Saya amat berterima kasih kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) dalam menjalankan gerak kerja mereka dan juga kepada kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN, Pemuda, Muslimat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), jawatankuasa surau dan masjid yang membantu menjayakan dan menyantuni mereka yang terjejas," ujarnya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kerja keras MPKK dalam mengenal pasti penerima yang layak di setiap pelusuk kampung tanpa memilih warna fahaman politik harus dipuji.

"Saya juga merayu masyarakat di Dungun supaya akur dengan duduk di rumah sepanjang PKP ini agar penularan COVID-19 dapat dibendung dan seterusnya PKP tidak terus berpanjangan," katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: