Tuesday, 21 April 2020

64 Derma Darah Di Setiu Untuk Tampung Bekalan Semasa

SHARE

Oleh : Fahmi Izzuddin

SETIU, 21 April - Seramai 64 orang awam di sekitar daerah ini menyertai Program Derma Darah di Perpustakaan Awam Setiu kelmarin bagi menampung keperluan bekalan darah negeri.

Pegawai Perhubungan Awam, Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Suhaimi Yusof berkata, penularan wabak pandemik menimbulkan banyak masalah termasuk isu kadar bekalan darah di setiap hospital.

"Program sehari ini amat penting dalam situasi semasa COVID-19 bagi menampung keperluan bekalan darah yang ada.

"Bekalan darah mampu bertahan selama 36 hari hingga 42 hari dan ia mampu menampung keperluan pada bulan Ramadan nanti," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).


Hadir sama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman.

Dalam program itu, seramai 71 peserta mendaftarkan diri sebagai penderma tetapi hanya 64 orang sahaja yang layak selepas dibuat saringan.

Program tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu (JAMNT) melalui Jabatan Amal Malaysia Kawasan Setiu.

Ia juga mendapat kerjasama baik daripada Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: