Saturday, 25 April 2020

20 Orang Petugas KEMAS Jahit PPE Disantuni

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 25 April- Seramai 20 orang petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang menjahit set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) disantuni dengan memberi sumbangan berbentuk barangan basah.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, pemberian tersebut adalah menghargai jasa mereka yang bertungkus lumus menjahit set PPE untuk barisan hadapan berperang bagi memutuskan rantaian virus COVID-19.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas KEMAS yang sanggup membantu pihak yang memerlukan pada saat ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program pengagihan sumbangan di Pejabat KEMAS Daerah Besut pada 22 April 2020.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah Besut, Puan Masnida Mat Kudin.

Justeru itu, beliau berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat mengembirakan petugas di sini.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: