Wednesday, 18 March 2020

COVID - 19 : YPU Tangguh Bayaran Pembiayaan Dan Penyewaan Premis

SHARE


KUALA TERENGGANU, 18 Mac-Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memberikan kelonggaran kepada usahawan-usahawan dibawahnya menangguhkan semua pembayaran balik pembiayaan dan bayaran sewaan premis-premis perniagaan YPU bagi bulan April 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata ia selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Justeru itu katanya, kelonggaran ini diberikan bagi mengurangkan beban kepada mereka yang terlibat.

"Dengan pengumuman itu, maka pihak Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu juga akan ditutup bagi tempoh tersebut.

"Segala aktiviti keusahawanan yang telah dirancang oleh YPU dalam tempoh tersebut juga akan ditunda sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan," ujarnya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah YPU dalam satu kenyataan media baru-baru ini.



Tambahnya lagi, sebagai rakyat, semua pihak juga disarankan agar memainkan peranan yang penting agar virus ini dapat dibendung.

"Oleh yang demikian, diharapkan kita semua dalam lindungan Allah SWT dan dijauhkan dari segala wabak yang kini kian merebak," ujarnya.







SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: