Thursday, 12 March 2020

TNB Terengganu Eratkan Kerjasama Dengan MPKK

SHARE
MPKK bersama Khalil dan pihak TNB bergambar selepas majlis.



Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU, 11 MAC – Pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diharapkan agar dapat memberikan maklumat yang tepat berkenaan bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurus Bisnes TNB Terengganu, Raja Nor Hisamuddin Raja Aris, berkata, kerjasama melalui penyampaian maklumat tersebut bagi memudahkan urusan masyarakat setempat.

“Dalam program ini kita kumpulkan MPKK dalam parlimen Kuala Terengganu bagi menyatakan kepada mereka tentang tatacara yang betul dalam menguruskan sebarang aduan daripada rakyat seperti memohon lampu jalan, tiang elektrik dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program Jalinan Ukhwah Tenaga Nasional Berhad Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Terengganu, di Mayang Hall Batu Buruk, baru-baru ini.
Raja Nor Hisamuddin menyampaikan cenderamata kepada YB Khalil.

Jelasnya, pihak MPKK juga akan diberi penerangan tentang kemudahan rebat RM40 kepada mereka yang berkelayakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi turut hadir bagi merasmikan program berkenaan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak TNB atas inisiatif ini dan berharap agar penerangan ini dapat meningkatkan keberkesanan gerak kerja semua pihak.

“Program ini merupakan platform yang sangat baik bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat dan lebih-lebih lagi penumpuan diberikan kepada sendi yang sangat penting kepada masyarakat iaitu pihak MPKK”, katanya.

Program di Parlimen Kuala Terengganu itu merupakan kali yang ke tujuh diadakan dalam siri jelajah penerangan TNB kepada MPKK bagi seluruh parlimen di Negeri Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: