Sunday, 8 March 2020

Teruskan Menyokong 'BMF'

SHARE

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 8 Mac – Masyarakat muslim khususnya diseru agar terus menyokong Kempen 'Buy Muslim First (BMF)' iaitu dengan mengutamakan pembelian produk keluaran orang Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata , orang Islam sepatutnya menguasai ekonomi negara kerana mereka merupakan kuasa beli utama.

"Dengan membeli produk buatan Islam dapat meningkatkan permintaan barangan dan kalau produk makanan pastinya halal dan kebersihannya tidak perlu diragui," jelasnya.

Alias berkata demikian ketika berucap di Majlis YB Cikgu Alias Harun Bersama Rakyat Serdang yang diadakan di Perkarangan Masjid Kampung Serdang di sini , semalam.

Sempena majlis ramah mesra itu, 'Tukar Minyak Hitam Satu Rumah Satu Motor' yang menggunakan minyak keluaran Bumiputera turut diadakan.

Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berkata penyertaan terpaksa dihadkan hanya sebuah motorsikal untuk sebuah rumah kerana ingin memberi peluang kepada sebanyak mungkin keluarga terlibat.

"Kalau sebuah rumah ada empat motor, jadi hanya sebuah motor sahaja boleh tukar minyak hitam, kita beri peluang kepada rumah lain pula, agar sama - sama dapat merasa," ujarnya
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: