Wednesday, 11 March 2020

Pergiat Usaha Beri Kesedaran Mengenai Covid-19

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 11 Mac- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pergiat usaha memberi kesedaran mengenai jangkitan COVID-19 dan penyakit Tibi kepada masyarakat setempat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, usaha itu dijalankan dengan turun ke lapangan terutamanya di kawasan tumpuan awam.

“Seperti pasar malam, di sekolah-sekolah juga melibatkan surau dan masjid, dimana kita telah memberikan maklumat dan penerangan bagaimana penyakit ini boleh tersebar.

“Apa tindakan awal yang perlu diambil dan langkah-langkah bagi mencegahnya didalam memastikan seluruh masyarakat dapat menikmati kehidupan yang berkualiti,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Panel Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) berkata demikian, ketika ditemui sejurus selepas mengadakan taklimat mengenai penyakit berkenaan di AMBS, hari ini.

Pada program berkenaan turut ditunjukkan cara pemakaian topeng yang betul serta kepentingan memakainya terutama di kawasan yang  dikhuatiri tercemar dengan jangkitan berkenaan.

Katanya, mengikut sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, COVID-19 yang menjadi kebimbangan penduduk dunia pada hari ini dapat dicegah melalui amalan dan gaya hidup sihat.

“Seperti mengelak daripada menerima toksik ke dalam badan seperti tabiat merokok, mesti memastikan tidur yang berkualiti, elakkan stres ataupun menanganinya dengan cara melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

“Diantanya ialah dengan melakukan senaman dan mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dengan memilih sayur-sayuran atau buah-buahan yang segar,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: