Tuesday, 10 March 2020

Pemimpin Koperasi Perlu Ada Kesungguhan

SHARE

Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Pemimpin Koperasi perlu ada sikap yang lebih tegas dan bersungguh-sungguh  dalam membuat sesuatu perkara agar apa yang dirancang dapat menjadi realiti.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, di antaranya projek yang berkaitan ialah perbankan, pinjaman perumahan, pertanian dan pembinaan.

 “Di antara cabaran  mana-mana koperasi  iaitu kepimpinan  yang bersih  dan tidak meletakkan  diri sendiri dalam situasi tersebut.

"Ia kerana Koperasi adalah  satu gerakan yang melibatkan modal bersama untuk menapak selangkah demi langkah ke hadapan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6 Koperasi Al-Amin Terengganu (KOAMIN) Berhad di Dewan Maahad Tahfiz Al-Busyra Masjid Jamek, Pengadang Baru, baru-baru ini.


Menurutnya, pemimpin hendaklah memainkan peranan dan bergerak keluar dari kepompong sekiranya mahukan sesebuah Koperasi itu berjaya.

"Prasyarat kepada satu organisasi Koperasi yang baik mesti bermula dari kepimpinan dan mempunyai iltizam dalam projek," ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihati agar jangan berputus asa dan jangan melepaskan peluang yang ada.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: