Thursday, 5 March 2020

Nisa’ Clever Girl School Attack ‘Terjah’ Dunia Remaja Pelajar

SHARE




Oleh : Syazwana M.Zohir
Foto : Nisa’ News Network

KUALA TERENGGANU, 5 Mac – Program Nisa’ Clever Girl School Attack  merupakan produk yang dilahirkan oleh Nisa' Terengganu dalam memberi persediaan dan bekalan kepada pelajar-pelajar sekolah  dalam menghadapi pelbagai permasalahan yang bakal mereka hadapi dalam dunia remaja.

Ketua Pertubuhan Nisa’ Kuala Terengganu (Nisa’ KT), Siti Norul Aini Hasmidar Md Razali berkata pihaknya akan ‘terjah’ sekolah-sekolah mengikut parlimen masing-masing bagi memberi pendedahan kepada adik-adik pelajar tentang kepentingan memahami akil baligh dari pelbagai sudut.

Katanya, terdapat tiga objektif utama NSA iaitu memberi kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan akil baligh dari sudut fiqh Islam, akhlak dan Sains Kesihatan di samping memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara terbaik menangani isu yang berlaku harini seperti sexual grooming (dandanan seksual) serta untuk merapatkan ukhuwwah antara pihak sekolah, pelajar dengan Pertubuhan Nisa' Malaysia.

“Alhamdulillah, sambutan sangat memberangsangkan daripada pelajar dan pihak sekolah kerana sebenarnya, sudah lama pihak sekolah merancang program sebegini tapi masih tidak berkesempatan untuk mengadakannya.

“Pihak kami bersyukur apabila inisiatif Nisa' ini membuka peluang kepada pihak sekolah untuk memberi kefahaman tentang perkara yang sangat penting untuk remaja perempuan. Pihak sekolah mengharapkan kami untuk mengadakan NSA kali kedua, fokus kepada pelajar menengah atas  pula,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.



Terdahulu, 290 para pelajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah menerima kehadiran skuad Nisa’ School Attack (NSA) baru-baru dengan menampilkan tiga orang penceramah iaitu Ketua Kluster Perubatan Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu  (Khairunnisa’) , Dr Farhaana Husainy Hasbullah, dan Ketua Unit Pendidikan & Kerjaya Nisa’ KT, Musfirah Anuar.

 “Kami berharap agar adik-adik dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Ustazah Hanisah Harun yang sudi menjemput kami.

“Jangan jemu, terus-menerus mengutip ilmu dan pengalaman berharga agar mampu menjadi pelajar, anak dan anggota masyarakat yang baik dari aspek sahsiah, seterusnya melahirkan hamba Allah yang hebat untuk ummah”, tambahnya lagi.

Menurut Hasmidar lagi, jika ada mana-mana sekolah yang berminat untuk mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Nisa’ bagi penganjuran NSA, boleh berhubung dengan ketua Pertubuhan Nisa’ di kawasan masing-masing.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: