Friday, 6 March 2020

KMI Healthcare Sahkan Satu Kes COVID-19 di TDMC

SHARE


KUALA LUMPUR, 6 Mac - Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC), salah satu hospital di bawah KMI Healthcare mengesahkan satu kes COVID-19 yang membabitkan seorang perempuan Malaysia berusia 46 tahun yang baru-baru ini kembali dari Jakarta dan Bogor, Indonesia.

Kes ini yang melibatkan wanita berkenaan dan keluarga termasuklah suami, anak perempuan dan anak lelakinya telah pergi ke kedua-dua destinasi tersebut dari 13 Februari 2020 hingga 19 Februari 2020.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KMI, pesakit telah dimasukkan pada 25 Februari  untuk gejala gastrointestinal, iaitu cirit-birit tanpa tanda-tanda demam, batuk, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Bagaimanapun, melalui hasil ujian
COVID-19, wanita berkenaan telah dilaporkan positif pada 4 Mac 2020. Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) telah dimaklumkan seperti yang
dikehendaki. Pesakit kemudiannya telah dipindahkan ke HKL pada malam semalam untuk rawatan lanjut.

Justeru itu, pihak hospital telah menutup semua bilik rawatan yang dijangkiti pada 4hb Mac dan mengenal pasti Pekerja Kesihatan (PK) yang telah bersentuhan dengan pesakit untuk pemeriksaan.

KMI kini bekerjasama rapat dengan KKM dengan segala langkah pencegahan yang diambil untuk memerangi penyebaran penyakit ini yang mana kakitangan yang terlibat berada di bawah pemantauan yang rapi atau kuarantin rumah.

Oleh kerana sesetengah kakitangan perlu dikuarantin selama 14 hari, kami menyasarkan untuk membuka semula dalam masa 48 jam atau sehingga notis lanjut bergantung kepada nombor kakitangan.

Sementara itu, operasi hospital akan diteruskan seperti biasa dengan melakukan langkah-langkah pencegahan termasuk
pemeriksaan suhu pada semua orang yang masuk ke hospital, kaunter pemeriksaan yang ditetapkan, mengehadkan pintu masuk, maklumat dalam bentuk risalah dan poster COVID- 19 dan menggalakkan amalan kebersihan tangan yang baik.


KMI akan terus mematuhi kesemua langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Novel Coronavirus (COVID-19) 2019 di Malaysia yang ditetapkan oleh KKM
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: