Wednesday, 11 March 2020

KMI Healthcare Sahkan Kakitangan TDMC Negatif COVID-19

SHARE

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC), salah satu hospital di bawah KMI Healthcare (Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd) yang mengesahkan satu kes pesakit COVID-19 pada 5 Mac lepas, telah beroperasi semula secara penuh sejak semalam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KMI Healthcare,TDMC baru-baru ini telah menguji 43 Pekerja Penjagaan Kesihatan (PPK) bagi COVID-19 dan hasil ujian bagi kesemuanya adalah negatif.

“Walau bagaimanapun, untuk melindungi enam lagi pekerja penjagaan kesihatan tersebut telah di kuarantin di rumahnya. Nasopharyngeal tests dilakukan pada setiap hubungan primer dan sekunder yang telah berinteraksi rapat dengan pesakit yang dijangkiti penyakit ini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga juga, ujian kedua akan dijalankan tidak lama lagi,” ujar kenyataan tersebut.

Pada 25 Feb, pesakit yang dimasukkan ke TDMC dilaporkan positif jangkitan virus itu pada 4 Mac dan hospital tersebut telah mengambil langkah segera dengan menutup semua bilik wad yang dijangkiti dan semua PPK yang berhubungan dengan pesakit dikenal pasti untuk tapisan.

Menurut kenyataan tersebut, sifat pekerjaan mereka meletakkan pekerja penjagaan kesihatan pada peningkatan risiko dalam mengesan sebarang penyakit berjangkit, termasuk COVID-19.

Justeru, KMI Healthcare telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kakitangan, pesakit dan komuniti.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: