Sunday, 8 March 2020

Kebaikan Pengurus Felda Menjadi Contoh

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 8 Mac-  Kebaikan Pengurus Felda Jerangau, Rosli Jaman yang akrab dengan anak muda di komuniti tersebut perlu menjadi contoh oleh masyarakat setempat.

Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, Rosli yang akan berpindah ke Felda Wilayah Kuantan amat disegani oleh masyarakat Felda Jerangau terutamanya anak muda.

"Memang kami sangat menghargai segala jasa baik pengurus berkenaan yang selama ini begitu mengambil berat serta mempunyai hubungan baik dengan anak muda di komuniti berkenaan.

“Pengurus dengan anak muda memang sangat baik, akrab dan rapat kerana seringkali mengadakan program-program motorsikal diantaranya aktiviti ke Cengal Besar dan Ke Cameroon Highland serta meraikan minat anak muda yang sukakan aktiviti masuk ke hutan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran konvoi 120 buah motorsikal oleh anak muda Felda Jerangau bagi mengiringi Rosli ke pejabat barunya yang telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, baru-baru ini.

Sementara itu, Ghazali Sulaiman mengucapkan jutaan terima kasih diatas khidmat yang telah diberikan selama ini oleh pengurus berkenan.

“Didoakan agar walau dimana beliau berada mampu memberi khidmat yang terbaik dan semoga sentiasa rahmat Allah agar sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: