Wednesday, 11 March 2020

Kabinet Baharu, Nelayan Luah Kegembiraan

SHARE


Oleh : Hidayah Azlin

SETIU, 11 Mac – Perubahan barisan kepimpinan negara yang baharu memberi kegembiraan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan petani, nelayan dan penternak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, para nelayan dari seluruh negara yang menghadiri program Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Kuala Lumpur di sini mengharapakan perubahan positif dengan pertukaran kerajaan.

"Kawan-kawan daripada Persatuan Nelayan Terengganu (PENENTU) berkali-kali memohon maaf sebab tidak dapat  menjemput kita hadir dalam Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan dan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Terengganu.

"Puncanya kerana ada surat hitam putih yang melarang. Sedangkan hubungan kami di lapangan sangat rapat samada di daratan atau di lautan. Nak hadir majlis rasmi, kita dihalang," beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Dr Azman, beliau menyedari terdapat banyak halangan yang diletakkan apabila kerajaan negeri dan Persekutuan tidak selari.

"Namun sepatutnya ia tidak ditonjolkan kepada khalayak dan juga rakyat.

"Kita tetap berfikiran positif, berlapang dada dan berjiwa besar demi rakyat. Kita mahukan para nelayan sentiasa gembira dan optimis bahawa masalah mereka dalam perhatian kerajaan negeri dan kita sedang bekerja untuk mengatasinya.

"Kesukaran dan kesedihan kita jangan dizahirkan depan rakyat. Kalau kita sebagai pemimpin dah menangis maka rakyat akan meraung," tegasnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: