Saturday, 14 March 2020

Juara Kelulut FC Buka Kejohanan Dengan Bergaya

SHARE


Oleh: Aslam Wira

MARANG, 13 Mac - Kelulut FC merangkul kemenangan bergaya dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak YAB Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang setelah berjaya menumpaskan Alur Tuman FC 4-1.

Setelah berjaya membawa pulang piala pusingan tahun lalu, mereka terus garang dalam aksi pertama di hadapan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir bagi merasmikan perlawanan tersebut.

Dengan kemasukan beberapa muka baru dan perubahan taktikal perlawanan, Kelulut FC kemungkinan mampu mengekalkan status kejuaraan bagi musim 2020.


Pengarah program, Ziyad Zakaria berkata, kejohanan bola sepak ini telah memasuki siri atau musim ketiga yang diadakan saban tahun bermula pada tahun 2018 yang lalu.

“Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu selaku ADUN Rhu Rendang yang tidak pernah ketinggalan untuk hadir merasmikan perlawanan pembukaan dan perlawanan akhir sejak tiga tahun lalu.”katanya.

Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Ketua Polis Daerah Marang, Mohd Zain Mat Dris dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Hassan Awang.


Sementara itu, beliau mengharapkan semua petugas yang terlibat akan terus berusaha memperbaiki dan membuat perubahan dari masa ke semasa supaya ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Kami dari pihak penganjur mengharapkan para pemain dapat memberikan kerjasama yang baik, tidak terlibat dengan pergaduhan kerana tujuan kejohanan ini diadakan adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan diantara satu sama lain.”

“Sebanyak 19 pasukan dari seluruh kawasan Rhu Rendang telah menghantar penyertaan dan terdapat beberapa buah pasukan baru yang mungkin akan memberi cabaran kepada pasukan lain kali ini,” tambahnya lagi
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: