Sunday, 8 March 2020

Islam Menjamin Keamanan Serta Kesejahteraan

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 8 Mac- Hanya dengan memastikan Malaysia bergerak diatas dasar perlembagaan yang telah ditetapkan Islam sebagai agama rasmi maka akan terjamin keamanan dan kesejahteraan buat rakyat di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, negara akan utuh dan berada didalam keadaan selamat sekiranya Islam menjadi keutamaan.

“Kerana semua fahaman selain daripada Islam gagal untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku kepada Malaysia.

“Sudah tiba masanya untuk Islam memimpin didalam konteks negara kita,” ujarnya.


Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkata demikian ketika berucap pada pentas ‘Himpunan Anak Muda 30 k, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Kedah, baru-baru ini.

Katanya, Malaysia sewajarnya dipimpin oleh Melayu Islam tanpa mengabaikan kaum dan bangsa lain.

“Ini adalah amalan biasa yang diamalkan mana-mana negara, (seperti) Perancis mereka pilih ketua negara dari kalangan bangsa Perancis bukan dari kalangan bangsa lain.

“Maka apa salahnya kita mahu (memastikan) Melayu Islam memimpin,” tegasnya.

Katanya lagi setiap keputusan dicapai oleh PAS menunjukkan tindakan sebagai sebuah parti politik yang matang bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan dapat terbentuk melalui Islam Memimpin.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: