Sunday, 8 March 2020

Generasi Muda Perlu Diberi Perhatian

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 8 Mac- Perikatan Nasional yang baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan Pakatan Harapan diharap dapat menjamin kesejahteraan negara disamping turut mengutamakan generasi muda.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, generasi muda merupakan peneraju negara pada masa akan datang dan segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi kesan kepada golongan ini.

“Perikatan Nasional sudah tentu akan menyusun kembali segala perkara yang membawa kebaikan kepada generasi muda dengan mendekatkan mereka kepada fahaman agama yang syumul.

“Mereka (anak muda) perlu diuruskan mengikut acuan Islam dengan menekankan kualiti pendidikan yang baik berteraskan agama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anak muda DUN Bukit Besi, baru-baru ini.

Katanya, kemelut politik yang diselesaikan oleh Perikatan Nasional itu akan sentiasa menjadi sejarah yang akan dikenang oleh generasi muda.

“Sudah tentu mereka akan berterima kasih kerana negara berjaya diselamatkan dari risiko negara tergadai serta tidak membiarkan negara didalam keadaan kucar kacir, sesekali tidak membiarkan agama dipijak serta bangsa Melayu ditindas di bumi sendiri, sebaliknya menyelamatkan semua bangsa, “ ujarnya.

Beliau turut memuji usaha Tuan Guru Presiden PAS dengan membawa gagasan ‘Muafakat Nasional’ yang telah menunjukkan kematang sehingga membawa kepada penyelesaian kepada masalah yang berlaku.

“Terbukti dan ternyata, Islam merupakan jalan penyelesaian kepada semua masalah.

“Semoga Malaysia akan kembali gah di persada antarabangsa, sebagai sebuah negara yang maju mengikut panduan Islam, serta akan memastikan keharmoniaan dan kemakmuran dapat dikekalkan,”ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: