Thursday, 12 March 2020

DIGIT2020 Medan Pendedahan Teknologi Baru

SHARE



KUALA TERENGGANU,12 Mac- Kerajaan Terengganu melalui Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Negeri akan mengadakan Conference on Digital Intelligence Technology 2020 (DIGIT2020) sebagai pendedahan tentang teknologi kepada umum.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, persidangan berteraskan teknologi itu bertujuan mengumpul kepakaran seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence (AI)), robotik, data raya, 'cloud computing'  dan lain-lain.

"Antara program yang diadakan ialah pembentangan daripada panel-panel pakar antaranya dar Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Celcom, Telekom Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Iskandar Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media DIGIT 2020 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Ariffin dan Tarmizi menunjukkan logo DIGIT2020 kepada pemberita yang hadir.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi, Zuwislan.

Tambahnya, Perbadan Putrajaya, Kolej Universiti TATI, Persatuan AI Malaysia dan G3 Global Berhad dan Huawei turut terlibat menyampaikan pembentangan.

Program dengan kerjasama Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) ini diadakan selama tiga hari bermula 17 Mac sehingga 19 Mac.

Dijangkakan, seramai 800 peserta terutama dari Kelantan dan Pahang akan menghadiri persidangan tersebut.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: