Tuesday, 31 March 2020

COVID-19 : Polis Terengganu Wujud Ruang Sanitasi Petugas Keselamatan

SHARE
Seorang anggota Polis melalui proses sanitasi.


KUALA TERENGGANU, 21 Mac- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu menyediakan ruangan sanitasi buat 1,800 anggota keselamatan yang bertugas dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri itu.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata, inisiatif itu merupakan pertama kali dilaksanakan pasukan itu di negeri berkenaan dan menggunakan bahan sanitasi yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee memberikan maklumat kepada media yang hadir.

“Inisiatif ini kita buat sebagai perlindungan kepada petugas lapangan. Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri yang membantu untuk mewujudkan inisiatif ini.

“Kemudahan ini kita sediakan di tujuh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang terdapat di seluruh negeri Terengganu,” katannya ketika ditemui pemberita ketika melaksanakan demo sanitasi petugas di IPD Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau turut memaklumkan satu lagi inisiatif yang akan dilaksanakan pada fasa kedua PKP iaitu Sistem Penggiliran Berasaskan Nombor Pendaftaran Kenderaan bagi menghadkan pergerakan kenderaan di ata jalan raya.
Roslee bersama Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Nor Azimi Yunus melihat kemudahan ruang sanitasi yang disediakan.

“Dua tiga hari lepas, kami lihat bilangan kenderaan di atas jalan raya semakin bertambah jadi kita bimbang dan peraturan ini diadakan supaya orang awam tidak sewenang-wenangnya keluar tanpa sebab.

“Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan pekerja penghantaran, individu yang mendapat kebenaran untuk berkerja dan yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid-19 ini,” jelasnya.
Tambahnya, ia dilaksanakan memang bertujuan untuk menyukarkan dan melambatkan pergerakan orang awam.

“Esok adalah giliran nombor pendaftaran kenderaan ganjil, jadi kalau yang keluar genap, kita akan suruh patah balik,” katanya.
Salah seorang anggota keselamatan menggunakan ruangan sanitasi.

Beliau menegaskan, 34 sekatan jalan raya seluruh negeri dan 71 rondaan ‘snap check’ yang diwujudkan adalah usaha untuk mengekang penularan rantaian wabak berkenaan sebagaimana yang diarahkan.

“Graf kita sudah mendatar, kita mahu terus kekalkan graf ini supaya akhirnya akan menurun. Barulah kita boleh menyambut puasa dengan lebih baik apabila PKP dapat ditamatkan lebih awal,” katanya.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: