Friday, 27 March 2020

COVID-19 : PM Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 Bilion

SHARE
Foto Ehsan :RTM

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata pakej ini bermatlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.

Tambahnya, dalam pakej kali ini hampir RM128 bilion disalurkan untuk  melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Katanya, pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh semua yang terkesan oleh COVID-19.

"Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau
penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang.

"Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini," katanya sewaktu membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, hari ini.

Selain itu RM100 bilion dikhususkan untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), manakala bagi RM20 bilion telah pun diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

"Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: