Friday, 20 March 2020

COVID-19 : Terengganu Umum RM6 Juta Insentif Golongan Terjejas

SHARE
Dr. Ahmad Samsuri.


KUALA TERENGGANU, 20 Mac- Kerajaan Terengganu mengumumkan sebanyak RM6 juta akan diperuntukkan sebagai insentif kepada golongan yang terjejas akibat Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) di negeri itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan berita gembira itu melalui satu status di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.

Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 19 Mac 2020 membuat keputusan untuk melakukan kajian dan penilaian menyeluruh kesan Covid-19 kepada kumpulan sasar tertentu pelbagai kategori di Terengganu.

“Dalam masa terdekat kerajaan negeri akan menentukan bentuk bantuan atau insentif yang akan diberikan kepada mereka,” tulisnya.

Tambahnya, maklumat lengkap berkaitan peruntukan terbabit akan diumumkan kerajaan negeri dalam masa terdekat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: