Sunday, 29 March 2020

COVID-19 : Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid, Surau

SHARE
Foto oleh - Tengku Syamim Tengku Ismail.

KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau di Terengganu dilanjutkan sehingga 14 April ini, selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan melanjutkan jangka masa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, keputusan yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu turut terpakai kepada solat Jumaat dan solat fardhu.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berharap agar semua rakyat jelata dalam negeri Terengganu bersabar menghadapi ujian ini.

"Dan baginda berdoa agar wabak COVID-19 ini segera berakhir dan semua rakyat jelata berada dalam lindungan Allah S.W.T," kata kenyataan itu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: