Saturday, 28 March 2020

COVID-19 : Terengganu Lancar Tabung Kutipan Bantuan Untuk Rakyat

SHARE
Grafik oleh - Khairulanuar Naim Mustafa.

KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan Terengganu melancarkan Tabung Bantuan COVID-19 sebagai inisiatif membantu meringankan beban rakyat negeri itu yang terjejas akibat wabak pandemik berkenaan.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah tersebut juga bagi membuka peluang kepada semua rakyat yang prihatin, penderma korporat dan syarikat swasta untuk membantu.

"Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai dengan mengikut tatacara garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tetuan Akauntan Negeri Terengganu (Bank Islam) : 13017010034566) atau melalui cek atas nama YB Setiausaha Kerajaan Terengganu.

"Setiap transaksi kemasukan hendaklah dicatat 'Tabung COVID-19'," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, semangat kesatuan dan kecaknaan semua pihak sangat diperlukan bagi mendepani cabarang semasa.

"Saya merayu dan berbesar hati supaya semua pihak dapat memberikan sumbangan bagi menunjukkan semangat kesatuan dan kecaknaan kita bersama.

"Semoga dengan sedekah dan sumbangan, mereka-mereka yang ikhlas menderma akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T," jelasnya.

Sebarang persoalan lanjut, boleh hubungi Urusetia Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu iaitu Wan Mohd Fahmi Wan Mohd (013-4467234), Noormadiana  Kamaruddin (019-9803666)d Mohd Yusoff Bin Aminudin (019-919 9886) atau emelkan kepada tabungcovid19trg@gmail.com.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: