Monday, 16 March 2020

COVID-19 : Rakyat Terengganu Diseru Patuhi Langkah Pencegahan

SHARE
Alias Razak.


Oleh : Safwan Syakir

KUALA TERENGGANU, 16 Mac – Berikutan empat rakyat Terengganu yang telah disahkan positif COVID-19 hari ini, masyarakat di negeri itu diseru untuk terus mengambil langkah pencegahan bagi menangani jangkitan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, orang ramai juga dinasihati untuk tidak menghadiri sebarang perhimpunan besar di tempat awam, pasar raya dan pusat hiburan.

“Hal ini kerana penularan wabak ini boleh berlaku sama ada melalui sentuhan atau saluran pernafasan seperti bersin dan batuk.

“Orang ramai juga mesti untuk mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi iaitu mencuci tangan secara kerap dengan air dan sabun atau menggunakan ‘hand sanitizer’ khususnya sewaktu keluar rumah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang media mengenai perkembangan semasa kes COVID-19 di Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Menurut beliau, pesakit dan individu disyaki dijangkiti wabak COVID-19 mestilah memakai topeng muka bagi mengelakkan penularan melalui saluran pernafasan dan sebagai langkah pencegahan penerimaan wabak kepada individu lain.

“Orang yang mempunyai gejala disaran tidak melawat tempat-tempat tumpuan orang ramai dan sekurang-kurangnya menjarakkan diri satu meter ketika berurusan dengan orang lain.

“Dalam pada itu, cadangan saya agar tempat-tempat awam seperti pasaraya, masjid dan surau menyediakan 'hand sanitizer" sebagai langkah awal menangani penyebaran wabak,” jelasnya yang mengharapakan kerjasama semua pihak.

Terdahulu beliau turut memaklumkan, pada Sabtu s
eramai 87 penghuni Madrasah Kubang Bujuk dirawat dan dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu (HHT) sebagai Pesakit Dalam Siasatan (PUI) kerana disyaki dijangkiti COVID-19.

HHT dijadikan sebagai pusat kuarantin dan rawatan selain 
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, Scout Inn dan Pusat Latihan di Tepoh.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: