Saturday, 28 March 2020

COVID-19 : MB, Exco Terengganu Potong Gaji

SHARE


KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Gaji Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Terengganu akan dipotong sebanyak 50 peratus selama dua bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Bantuan COVID-19 negeri berkenaan.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bagi membantu rakyat Terengganu yang terjejas akibat wabak pandemik tersebut yang melanda seluruh dunia.

"Sebagai sumbangan permulaan, saya dan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco) akan membuat pemotongan 50 peratus daripada dua bulan gaji untuk tabung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan semalam

Tambah beliau, inisiatif itu diambil kerana menyedari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan memberi impak yang lebih besar kepada sosioekonomi dan rakyat Terengganu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: