Friday, 20 March 2020

COVID-19: LPT 2 Tutup Sementara Surau Sepanjang Lebuhraya

SHARE


KUALA TERENGGANU, 20 Mac- Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2) menutup sementara semua surau di semua hentian sebelah plaza tol dan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang jalan seliaannya dengan serta-merta demi keselamatan semua pelanggan lebuhraya.

Langkah ini diputuskan selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan wabak Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) apabila orang ramai berkumpul secara serentak di satu-satu lokasi.

Sehubungan itu, LPT 2 menasihatkan agar orang ramai yang terpaksa melakukan perjalanan supaya dapat merancang perjalanan mereka dan sentiasa memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang cukup untuk perjalanan.

Pelanggan dan keluarga mereka juga digesa supaya sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial apabila menggunakan kemudahan tandas awam di R&R ataupun stesen minyak berdekatan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: